42. Penjilidan Buku
42. Penjilidan Buku
Aku
melangkah masuk ke bilik jilid. Aku ada tugasan baru, kena ambil tahu tentang
penjilidan buku. Maka bermulalah aku
membaca tentang penjilidan buku. Mahu tidak mahu berkawanlah aku dengan para
penjilid dan belajarlah aku tentang beberapa hal berkaitan penjilidan buku ini.
Sekarang ini
mungkin sudah berubah banyak berkaitan penjilidan buku. Mesin telah mengambil
alih banyak perkara tentang penjilidan buku ini. Apa yang aku tulis ini adalah
cerita dulu-dulu. Mungkinkah ianya masih betul lagi sekarang ini tak tahulah.
Oleh kerana tidak mahu ilmu yang aku belajar itu hilang maka aku tulis sajalah
di blog ini.
1. Jilidan buku ini ada beberapa jenis
antaranya Jilidan prajilid, Jilidan kulit lembut, Jilidan cantas selari,
Jilidan longgar dan Jilidan stationari,
2. Jilidan Prajilid bermaksud menjilid
semula buku-buku baharu yang berjilid atau belum berjilid dan dijadikan Jilidan
Kekulit. Tujuan Jilidan Prajilid adalah untuk menjamin mutu ketahanan buku.
Teknik Penjilidan Kekulit adalah kuras-kuras dijahit secara jahitan saddle atau
jahitan ikatan tepi. Sementara itu Jilidan Kulit Lembut adalah jenis jahitan
untuk Penjilidan Risalah. Bagi Penjilidan Longgar, tekniknya pula adalah dua
keping kekulit yang mempunyai lubang dicantumkan dengan beberapa batang screw.
3. Jilidan Cantas Selari merupakan
jilidan risalah dimana bahan-bahan yang digunakan adalah kertas lembaran
hujung, kad manila, straw board, kulit asal dan tape penjilidan. Bahan yang
digunakan untuk menguatkan antara teks dan straw board adalah tape penjilidan
tadi.
4. Penjilidan Longgar berperanan untuk
melindung dan menyimpan bahan-bahan bacaan berbentuk helaian-helaian kertas
yang tidak berjahit.
5. Sementara yang dikatakan Penjilidan
Stationari pula adalah membuat kotak-kotak atau laci-laci untuk menyimpan kad-kad
pinjaman atau pad-pad kosong untuk catitan dan juga membuat fail-fail lembut.
6. Dalam menjahit terdapat keperluan
kedudukan darjah jahitan. Untuk jahitan over casting ianya 45 darjah sementara
untuk jahitan saddle ianya 90 darjah.
7. Jahitan saddle mempunyai satu kuras.
Dalam jilidan ada yang diletakkan head band pada kepala dan kaki buku. Kain
mull digunakan bertujuan untuk menambahkan kekuatan kepada tulang belakang dan
lurah buku.
8. Aku juga belajar istilah-istilah
baru seperti Cetakaan Peneraan Kosong (Blind emborse) iaitu sebelum cetakan menggunakan
gold foil atau silver foil dijalankan , kaedah terbaik bagi memastikan format
dan ejaan adalah betul maka kita buat cetakan peneraan kosong.
9. Sementara jika Penjilidan Semula
pula dibuat pada bahan lama yang telah rosak seperti koyak, putus benang
jahitan, hilang muka surat, koyak diantara tulang belakang, kulit dan teks.
10. Over lapping board pada buku di dada, kaki dan kepala
sebaiknya berukuran 1/8 inci.
11. Over lapping untuk bahan pembalut pada board
sebaiknya antara ¾ inci hingga satu inci.
12. Alat yang digunakan untuk mencetak
huruf pada buku di panggil hot stamping machine.
13. Kaedah merepang atau trimming
hendaklah didahulukan pada bahagian dada buku
14. Teknik line of golden digunakan untuk mencetak.
15. Benang yang sesuai digunakan untuk
menjahit buku adalah benang linen.
16. Jenis-jenis penjilidan yang selalu
dipraktiskan adalah Jilidan Prajilid, Jilidan Semula. Jilidan Risalah, Jilidan
Longgar dan Jilidan Stationari.
17. Apabila penjilid menerima bahan
untuk dijilid maka beliau perlu menentukan 1. Jenis jilid 2. Jenis Jahitan 3.
Warna pembalut 4. Jenis bahan pembalut 5. Format Cetakan 6. Jenis dakwat dalam
teks
18. Mesin-mesin yang selalu digunakan
dalam bidang penjilidan adalah 1. Guillotine machine (mesin pemotong) 2. Hot
Stamping machine 3. Gluing machine 4. Drilling machine 5. Eletronic stapling
Flat/saddle 6. Gold blocking machine 7. Nipping press (mesin pemampat) 8. Board
cutter (Mesin pemotong strawboard.
19. Tedapat 3 cara kulit buku dibuat. 1.
Full bound 2. Half bound 3. Quarter Board
20. Alat ‘bok in’ digunakan untuk
menebok buku dalam proses penjilidan
21. Book standing press digunakan untuk
mengepit dan memampatkan buku.
Tamat. Itu sahaja
yang aku masih ingat.
Ulasan
Catat Ulasan