33. Dinosaur!
33.
Dinosaur!
Aku perasan
buku-buku yang Hamza pinjam di perpustakaan, separuhnya adalah buku-buku
tentang dinosaur. Mainan dia juga akan ada satu dua yang bentuk dinosaur ini.
Budak lelaki kalau main dengan permainan dinosaur akan nampak aksi kasar seperti
dinosaur sedang makan atau berlawan. Ha ha ha baju tidur, baju jalan pun ada
gambar dinosaur, baru aku perasan.
Aku ingin
tahu kenapa kebanyakan budak-budak suka sangat dengan dinosaur ini. Jadi aku
mulai Google dan dapati beberapa jawapan yang mengejutkan. Rupa-rupanya sudah ada
kajian tentang kenapa budak-budak suka sangat dengan dinosaur dan ini sebahagian yang aku rangkumkan.
Buku-buku
tentang dinosaur kebanyakan warnanya menarik, lukisan dinosaur yang cantik,
muka dinasour yang tidak menakutkan atau adakala nampak senyum. Ini membantu
anak-anak kecil berangan dan berimiginasi tentang hidupan ini, alam sekitarnya dan
kekuatan atau kuasa yang dinosaur ini ada. Ini semua merupakan permulaan minat anak-anak kepada
dinosaur.
Ada
penyelidik berpendapat bahawa perasaan ingin tahu dan kalau boleh hendak temui dinosaur
merupakan naluri yang ada pada anak-anak. Kita telahpun disajikan dengan
cerita-cerita filem tentang dinosaur ini. Replika dinosaur yang besar dan boleh
bergerak juga telah banyak direka cipta untuk tontonan kita semua. Anak-anak
tahu suatu masa dulu dinosaur pernah wujud, hidup dan mati. Anak-anak ini
secara tidak langsung mempelajari tentang bumi, kehidupan dan alam semulajadi.
Makhluk
yang luar biasa ini sangat menarik. Dengan membaca anak-anak akan tahu bagaimana
species ini muncul dan hilang. Bagaimana ia menyesuai dan mempertahankan
dirinya. Secara tidak langsung mereka akan memahami garis masa kehidupan di
bumi ini. Zaman Triassic, zaman Jurassic dan zaman Cretaceous yang mana aku pun
dapat garisan masa ini dari buku yang Hamza pinjam.
Menurut
kajian anak-anak yang taksub dengan dinosaur ini mereka akan membaca dan
mendapatkan sebanyak ilmu tentang dinosaur dan proses ini mengembangkan
pengetahuan mereka. Kita akan dapati mereka akan tekun mempelajari serta
memberi perhatian terhadap ilmu berkaitan dinosaur ini. Anak-anak bila
berminat akan cuba menyebut perkataan dengan betul dan ini membentuk kemahiran
linguistik yang lebih baik. Secara tidak langsung minat ini membantu mereka
memproses maklumat dengan lebih mendalam. Lama kelamaan kaedah belajar mereka
akan menjadi lebih baik. Penyelidik juga mengatakan ini merupakan strategi
pelajaran masa depan dan juga ia merupakan satu cara melahirkan anak-anak
pintar.
Cuba beri
anak-anak anda yang berumur bawah 7 tahun buku dinosaur. Adakah mereka
berminat?
#tamat
Ulasan
Catat Ulasan