32. Membaca Buku!
32. Membaca Buku!
Kenapa
orang kata banyak membaca bertambah ilmu pengetahuan? Setakat ilmu sajakah atau
ada apa lagi yang kita perolehi apabila kita membaca?
Jadi aku
cuba mencari jawapannya dengan mengGoogle dan tengok apa aku dapat. Dalam 0.02
saat sahaja Google bagi aku 5 juta lebih hasil carian tentang “reading”. Ramai
orang yang menulis tentang membaca ini, tetapi macam-macam cerita laa. Bila
search “important of reading” maka hasilnya berkurang kepada 313 artikel.
Apakah yang
mereka katakan, tentang kepentingan membaca! Banyak rupanya. Ada yang bagi 10,
ada yang bagi 20 dan ada yang bagi hingga 45 kepentingannya. Hasilnya aku
rangkumkan begini;
Kadang-kadang
ibu bapa tahu akan kepentingan membaca kepada anak-anak tetapi mereka tidak menyediakan
buku untuk dibaca. Bagi membantu penulisan yang baik bagi anak-anak
adalah dengan mereka banyak membaca. Membaca meningkatkan perbendaharaan kata mereka. Baca sahajalah buku apa yang mereka suka
dan minat. Pinjam dari perpustakaan jika tidak mampu untuk dibeli. Sesetengah
orang rasa pelik untuk meminjam buku dari perpustakaan kerana ada ibu bapa yang
langsung tidak pernah masuk ke perpustakaan awam. Mungkin ada yang lebih
terkejut jika dapat tahu sesetengah perpustakaan awam ada café di dalamnya.
Membaca buku menjadikan otak kita aktif. Otak kita berkemampuan untuk lebih berfikir. Ia menajamkan fikiran kita dan menghasilkan idea. Kalau kita selalu senaman untuk hasilkan otot-otot atau muscle kita menjadi besar dan kuat maka otak pula akan kuat apabila kita selalu membaca. “Otak akan menjadi lebih tajam” kata orang. Membaca membuatkan kita banyak berimiginasi tentang bahan yang kita baca. Berlakunya “critical thingking”. Hasilnya ada kala kita perlu membuat suatu keputusan. Kita perlukan maklumat, kita perlukan data. Agar keputusan kita tepat. Kita perlu merujuk kepada penulisan, buku, data dan lain-lain maklumat. Otak kita kena berfikir dimana maklumat itu.
Tetapi ada kala apabila kita membaca, kita rasa mengantuk! Maka saya temui pandangan ini, untuk mudah tidur maka baca buku sebelum tidur. Anda akan tidur dengan nyenyak. Tetapi jika waktu siang kita baca sahaja dah mula rasa mengantuk, maknanya kita tidak focus kepada apa yang kita baca. Otak melayang ke tempat lain. Jadi membaca memerlukan kita focus kepada apa yang kita baca.
Membaca boleh mengatasi masalah nyanyuk dan hilang ingatan terutama apabila kita semakin tua. Orang kata penyakit Alzheimer dan Dementia. Kajian juga mendapati orang yang stress boleh mengurangkan rasa stress dengan membaca. Cuba ambil sedikit masa lebih kurang 6 minit untuk membaca dan katanya 68% rasa stress sudah berkurangan.
Cuba baca buku-buku motivasi jika anda rasa lemah dan tidak bersemangat untuk membuat sesuatu. Anda akan mendapati banyak idea dan kata-kata semangat yang memberi kekuatan baru kepada anda. Ianya akan membantu anda lari dari kegagalan kepada kejayaan dengan contoh-contoh mereka yang berjaya.
Apabila kita membaca maka terserlahlah asal usul, sejarah keturunan dan kebudayaan kita. Begitu jugalah kebudayaan lain-lain bangsa. Lagi banyak kita membaca lagi faham kita tentang sejarah negara kita dan negara-negara lain. Kalau kita hanya mengharapkan orang luar menulis tentang sejarah negara kita, sudah tentu kehebatan mereka sahajalah yang akan ditonjolkan. Mereka sahajalah yang membuka pulau dan kota di negara kita. Maka kita kena kenali penulis tempatan.
Membaca buku samalah juga kita beriadah, berhibur dengan cara percuma. Sekarang ini kemahiran membaca sangat perlu terutama apabila kita hadir untuk temuduga. Kadar kebolehan rakyat untuk membaca sangat penting untuk negara. Pelabur juga melihat kemampuan rakyat samada pengetahuan mereka tinggi ataupun tidak.
Mereka yang banyak membaca lebih berkeyakinan dalam keterampilan seharian. Mereka ini juga lebih berkeyakinan untuk menulis dengan baik. Lebih faham tentang situasi semasa. Lebih faham mengenai moral dan pemikiran beretika.
Kita yang banyak membaca buku-buku agama akan lebih mendekati Allah. Memahami keperluan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Tahu kenapa kita berada di bumi ini dan ke mana kita selepas ini. Keistimewaan Muslim apabila membaca Al-Quran dijanjikan pahala oleh Allah. Banyak membaca membantu diri sendiri dan keluarga dalam beribadah.
Tentu banyak lagi kebaikan yang pembaca perolehi selain dari apa yang saya nyatakan di atas. Semoga coretan ini sedikit sebanyak membantu anda untuk kembali membaca buku.
#tamat
Ulasan
Catat Ulasan