10. Santai di pulau

 




10. Santai di pulau

Selepas makan malam kami sekeluarga masuk tidur. Letih bermain pantai sepetang. Pantai cantik, bersih, pasir putih halus bagai tepung. Ombak perlahan, air jernih. Sayangnya berendam dalam laut tidak dapat lama. Ada rasa seperti jarum menyucuk badan. Nak lihat apa benda, tak nampak pula. Terlalu halus, tetapi ada. Besok di Pulau Kapas ini ada program lain pula. Fred pengurus chalet dah ada perancangannya.


Pagi itu selepas sarapan Fred ajak kami naik kapal layar beliau. Ya besar juga. Dia bawa dari Penang ke Pulau Kapas. Terpaksa pusing satu Semenanjung nak sampai situ. Wife dia Cina Penang. Tukang masak orang Melayu dari Penang juga. Dalam kapal anak-anak seronok dapat merasai bagaimana menarik tali untuk naikkan layar. Kapal meluncur laju mengikut angin sambil menghempas badannya turun naik mengikut alunan ombak.


Tapi kelakar, bila tengah laju meluncur ditengah laut dengan ombak yang sedikit kuat, tiba-tiba Fred memusingkan kapalnya ubah haluan untuk kembali ke arah Pulau. Pusingan itu membuatkan aku dan isteri terus rasa pening. Aku boleh tahan lagi tetapi Ros terus muntah. Oh baru aku tahu begini rasanya mabuk laut. Mabuk tak payah dibayar. Fred nampak risau tengok kami. Tapi sekejap saja kami dah ok.


Kapal berhenti di tepi suatu kawasan mengadap Pulau tetapi masih jauh dari tebing batu, tidak ada pantai di situ. Di bawah kapal dah nampak batu karang besar berwarna warni. Teruja gila. Fred bagi life jacket seorang satu serta alat snockeling. Semua terjun dan melihat batu karang yang sebenar. Tak sangka Ros pun berani. Tengok kat bawah wow besarnya karang. Lama dok perati kat bawah sampai rasa gerun laa pula. Terumbang ambing dalam laut. Tak terasa rupanya kami dah hanyut jauh dari kapal. Penat jugalah nak berenang sambil menarik Ros kembali ke kapal. Syukur alhamdulillah anak-anak semua dapat naik ke kapal dengan selamat. Banyak yang kami belajar buat pengalaman. Semua kepenatan bila dah sampai ke pantai. Makan tengah hari secara buffet sudah terhidang. Semua menu menyelerakan.


Petang selepas asar anak-anak bermain lagi di pantai. Anak Pia yang tinggal di chalet ikut sama. Pia sekeluarga dari Denmark duduk bercuti lama kat Malaysia. Bila Eropah musim sejuk depa mai sini berjemur katanya. Seronok tengok anak-anak berkomunikasi sesama mereka. Nak tergelak pun ada. Biarkan mereka. Budak-budak ini anak-anak Pia, si Soren dan adiknya seorang lagi dah lupa namanya, ikut saja kami bermain sepanjang pantai. Gelak ketawa lihat mereka.


Malamnya makan cara BBQ. Sedap sotong bakarnya kata Ros. Ikan merah cicah air asam. Kemudiannya ada persembahan pula. Permainan api yang depa pusing-pusingkan keliling badan dan atas kepala. Sambil menonton kami ambil kesempatan bersembang dengan Pia dan suaminya tentang percutian mereka. Sampai sekarang kami masih berhubung. Mungkin habis Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) boleh pii lagi. Tapi nak pii pulau mana pula? Entah laa.


#Tamat. Percutian. Rupanya masa itulah kita bertambah rapat dan mesra. Ambil gambar untuk kenangan. Menguatkan ingatan ... terapi minda kita. — bersama Rose Hjh Rose, Abdul Hakim, Ahmad Faiz and Pia Jacobsen di Pulau Kapas, Terengganu.

Ulasan

Catatan Popular